Friday, June 5, 2009

Nightmares...

Kebelakangan ini, aku sering kali mengalami perkara yang bukan2... mimpi yang seram... dah adakalanya mimpi itu berada di alam nyata ku... aku srndiri tidak mengerti.. adakah ini satu illusi atau satu kenyataan??? tidurku tidak penah lena seperti dulu... malam2 ku penuh dengan ketakutan... adakalanya aku takut dengan bayangan ku sendiri.. aku dlm keadaan keliru.. penuh dengan tanda tanya... is there really someone out there is trying to get me or itu cuma perasaanku sahaja...? adakah orang di luar sana sedang berdendam dengan ku? atau aku mempunyai musuh yang aku tidak sedar atau tidak tahu??? tapi sekiranya ianya wujud, apa mahunya? apa salahku? kenapa aku? adakah dia sedang berdendam dengan ku atau anggota keluarga ku? apa puncanya? aku tidak akan dapat tahu jawapan kepada semua soalan2 ku ini... Cuma Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang berlaku ke atas diriku, apakah perasaan ku di saat ini dan juga betapa mimpi2 seram itu yang mengganggu malam2 ku telah megubah diriku dan juga hidup ku... kini, hari2 ku tidaklah setenang dahulu... kini, hari2 ku penuh dengan ketakutan... adakalanya sehingga aku menjadi takut dengan bayangan ku sendiri... Ya Allah, bantuilah hambaMU ini... Lindungilah daku.... Dan cucuri RahmatMu ke atas diri hambaMu ini.. Amin..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home